Thursday, September 6, 2018

LATAR BELAKANG EKSA


LATAR BELAKANG EKSA

EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam

Ia diterajui oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). 
EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S yang telah diguna pakai dalam sektor Awam sejak tahun 2010. 
Lima elemen baharu telah ditambah baik dari Amalan 5S kepada EKSA bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif. 

Elemen tersebut adalah seperti berikut :- 

1. Imej Korporat 
-meningkatkan imej korporat.menitikberatkan aspek keselamatan persekitaran di setiap Jabatan sektor awam 

2. Kreativiti dan Inovasi 
-Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan. 
-Menggalakkan warga Jabatan untuk sentiasa berfikir di luar kotak (out of the box) bagi menghasilkanpersekitaran kerja yang kondusif dan selamat.

3.Persekitaran Kondusif 
-Memperluas pelaksanaan di agensi-agensi kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif. 
-penekanan kepada penyampaian sistem perkhidmatan, mesra pelanggan dan memberi keselesaan semasa berurusan (bagi pelanggan orang kurang upaya (OKU) kemudahan sesuai harus disediakan).

4. Amalan Hijau 
-Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau.

5. Kepelbagaian Agensi 
– Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi kerajaan. 




No comments:

Post a Comment

 CARTA PERBATUAN EKOSISTEM SEKTOR AWAM (EKSA)   BAGI ZON THALHAH TAHUN 2022