Showing posts with label maklumat eksa. Show all posts
Showing posts with label maklumat eksa. Show all posts

Thursday, September 6, 2018

LATAR BELAKANG EKSA


LATAR BELAKANG EKSA

EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam

Ia diterajui oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). 
EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S yang telah diguna pakai dalam sektor Awam sejak tahun 2010. 
Lima elemen baharu telah ditambah baik dari Amalan 5S kepada EKSA bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif. 

Elemen tersebut adalah seperti berikut :- 

1. Imej Korporat 
-meningkatkan imej korporat.menitikberatkan aspek keselamatan persekitaran di setiap Jabatan sektor awam 

2. Kreativiti dan Inovasi 
-Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan. 
-Menggalakkan warga Jabatan untuk sentiasa berfikir di luar kotak (out of the box) bagi menghasilkanpersekitaran kerja yang kondusif dan selamat.

3.Persekitaran Kondusif 
-Memperluas pelaksanaan di agensi-agensi kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif. 
-penekanan kepada penyampaian sistem perkhidmatan, mesra pelanggan dan memberi keselesaan semasa berurusan (bagi pelanggan orang kurang upaya (OKU) kemudahan sesuai harus disediakan).

4. Amalan Hijau 
-Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau.

5. Kepelbagaian Agensi 
– Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi kerajaan. 




Wednesday, September 5, 2018

LOGO EKSA JKSM


Maksud disebalik logo
Bulatan 4 Bulan Sabit (Hijau) :
Bermaksud 4 huruf singkatan EKSA iaitu Ekosistem Kondusif Sektor
Awam. Warna hijau pula melambangkan EKSA yang berciri go-green
dan mesra alam

Bintang (Jingga) :
Bermaksud kecemerlangan dan kualiti yang akan tercapai pasca
pelaksanaan EKSA. Warna jingga adalah warna rasmi JKSM

E.K.S.A (Biru) :
Huruf E.K.S.A. berwarna biru bermaksud EKSA menjadikan JKSM
sebuah jabatan berciri korporat dan professional. Warna biru juga
gambaran kepuasan pelanggan dan warga JKSM terhadap impak EKSA
yang berkesan.
PERSEKITARAN KONDUSIF, PERKHIDMATAN EFEKTIF.

Persekitaran Kondusif :
EKSA membantu menghasilkan persekitaran yang mesra alam, mesra
pekerja, pemudah cara dan meningkatkan produktiviti warga JKSM

Perkhidmatan Efektif :
Pelaksanaan EKSA juga memberi impak terhadap kualiti kerja
seterusnya menjadikan Misi, Visi dan Objektif JKSM akan tercapai
dengan jayanya.

GAMBAR MESYUARAT, AKTIVITI GOTONG-ROYONG ZON THALHAH

  👉 GAMBAR MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA ZON THALHAH 👉 GAMBAR GOTONG-ROYONG ZON THALHAH 👉  GAMBAR JUALAN KITAR SEMULA ZON THALHAH 👉 G...